Selamat Datang ke Blog Kami PRS SMKBG . Sila tinggalkan jejak anda ! Terima kasih

Wednesday, September 12, 2012

Pertandingan Mencipta Laman Web/ Blog PRS

Empat orang ahli kami akan mengikuti pertandingan mencipta laman web kelab PRS sekolah-sekolah menengah bagi Daerah Muar & Ledang 2012. Butiran pertandingan adalah seperti berikut:
   Tarikh.    : 19 September 2012
   Masa.      : 8.00 a.m hingga 2.00 p.m
   Tempat.   : Dewan Besar SMKA Maahad Muar
   Sasaran.   : 4 orang pelajar PRS setiap sekolah (Pelajar Tingkatan 4)


Ahli kelab kami yang akan mengikuti pertandingan tersebut adalah:
1) Nurul Amnani Bt Abd Halim      4 RC
2) Siti Maisarah Bt Supian.              4 RC
3) Faiza Nabiha Bt Nordin.              4 IT
4) Yuza Shahera Bt Muhd Yusof.    4 IT

Bagi membuat persediaan untuk menghadapi pertandingan tersebut, peserta yang terlibat telah bertungkus-lumus menyiapkan laman web tersebut. Sebelum ini kelab kami tidak didedahkan dengan penggunaan laman web atau lebih dikenali sebagai blog. Pertandingan ini telah membuka mata kami semua tentang kepentingan penggunaan blog dalam kelab kami kerana kami dapat berinteraksi dengan lebih aktif melalui blog ini. Diharapkan agar penggunaan blog ini akan dapat diteruskan agar kelab kami akan terus aktif sehingga ke tahun berikutnya.

No comments:

Post a Comment