Selamat Datang ke Blog Kami PRS SMKBG . Sila tinggalkan jejak anda ! Terima kasih

NOTIS

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KAWALAN BAGI PELAJAR TINGKATAN 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Permohonan secara online kemasukan murid tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh KPM bagi sesi 2013 akan dibuka pada 15 September 2012 hingga 31 Oktober 2012.

Maklumat lanjut sila hubungi:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN,
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-8321 7400
Faks : 03-8321 7403/ 7402



PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM SESI 2013/14

Salam 1 Malaysia. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Ke program matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/14 telah dibuka mulai 3 Julai 2012 hingga 10 Oktober 2012. Pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2012 bolehlah membuat permohonan ini.

Permohonan hanya menggunakan aplikasi atas talian sahaja (internet). Pelaja-pelajar perlu membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM6.00 bagi tujuan tersebut.

Sila baca terma dan syarat-syarat dengan teliti sebelum membuat permohonan. Para pelajar boleh mengajukan soalan kepada guru bimbingan dan kaunseling sekolah jika terdapat sebarang kemusykilan atau meninggalkan komen di bahagian posting ini atau berhubung terus dengan pihak Pengambilan Pelajar Bahagian Matrikulasi KPM.

No comments:

Post a Comment