Selamat Datang ke Blog Kami PRS SMKBG . Sila tinggalkan jejak anda ! Terima kasih

Tuesday, March 12, 2013

Keputusan SPM dan STPM 2012

Pengumuman..Pengumuman..!!
Keputusan STPM 2012 akan diumumkan pada 18 Mac 2013, manakala keputusan SPM 2012 akan diumumkan pada 21 Mac 2013.. Wahh..nampaknya kami yang 'excited' menunggu keputusan kakak-kakak dan abang-abang kami..diharapkan mereka mendapat keputusan yang boleh dibanggakan..Aminnn...

Holla 2013....

Holla..lama dah tak update berita mengenai kelab kami..tahun ni agak sibuk sedikit..kami sibuk membantu guru bimbingan dan kaunseling mengemaskini bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah..nanti kami update gambar untuk dikongsikan bersama..untuk pengetahuan semua,pelbagai perancangan telah dirancang untuk dijalankan pada tahun ini..Insya'Allah kami akan merealisasikan perancangan kami dengan sebaiknya.. bersempena dengan azam tahun baru ini..

Tuesday, September 18, 2012

PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)



Salam dan salam sejahtera.. Kenapa saya pilih tajuk ini dalam proposal..PRS?

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah.Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Wednesday, September 12, 2012

Pertandingan Mencipta Laman Web/ Blog PRS

Empat orang ahli kami akan mengikuti pertandingan mencipta laman web kelab PRS sekolah-sekolah menengah bagi Daerah Muar & Ledang 2012. Butiran pertandingan adalah seperti berikut:
   Tarikh.    : 19 September 2012
   Masa.      : 8.00 a.m hingga 2.00 p.m
   Tempat.   : Dewan Besar SMKA Maahad Muar
   Sasaran.   : 4 orang pelajar PRS setiap sekolah (Pelajar Tingkatan 4)

Tuesday, September 11, 2012

Pertambahan Ahli Baru

Bagi menambah bilangan ahli Kelab PRS untuk tahun 2013, ahli jawatankuasa tertinggi kelab PRS SMKBG akan mengadakan satu sesi temuduga bagi calon-calon yang layak untuk menjadi ahli kelab kami. Antara kriteria yang akan dilihat dalam sesi temuduga itu nanti adalah:
  1) Penampilan diri
  2) Personaliti
  3) Pengalaman calon

Kami akan membuat hebahan kepada semua pelajar mengenai sesi pemilihan yang baru ini. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghantar nama kepada ahli PRS atau terus kepada guru bimbingan dan kaunseling SMKBG.

Sunday, September 2, 2012

Jamuan Raya

Sempena Bulan Syawal yang mulia ini, ahli kelab kami merancang untuk mengadakan jamuan hari raya. Berikut merupakan maklumat mengenai jamuan tersebut:
  Tarikh: 15 September 2012
  Masa: Sabtu
  Tempat: KFC Bukit Gambir

Ahli kelab diwajibkan untuk membayar yuran jamuan sebanyak RM 6.00 seorang bagi menampung perbelanjaan jamuan berikut. Kami juga akan mengadakan sistem POTLAK yang mana ahli kelab boleh membawa kuih atau makanan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Kami akan membuat perbincangan bersama pihak KFC Bukit Gambir untuk mengetahui sama ada kami dibenarkan untuk membuat jamuan di situ.

New Blog.. DONE!

Akhirnya kami berjaya mencipta laman Blog sendiri untuk Kelab Pembimbing Rakan Sebaya SMK Bukit Gambir bagi tahun 2012. Kami berharap agar blog ini akan dijadikan panduan kepada warga SMK Bukit Gambir untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan kelab kami.